Sunday 21 August 2016

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

KEMERDEKAAN
            Myanmar kehilangan kedaulatan dan kemerdekaannya sejak tahun 1885 apabila Raja Thibaw kalah dalam Perang Inggeris-Myanmar Ketiga. Belanda bertapak di Indonesia terutamanya Pulau Jawa sejak abad ke-17. Belanda meluaskan kuasanya terhadap satu persatu wilayah sehingga berjaya menjajah seluruh Indonesia. Namun demikian, para nasionalis Myanmar dan Indonesia telah bertungkus lumus untuk mengembalikan kedaulatan negara masing-masing.
LANGKAH-LANGKAH MENCAPAI KEMERDEKAAN DI MYANMAR
            Perjuangan kemerdekaan di Myanmar begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua dengan kekalahan Jepun di tangan Tentera Bersekutu. Pada 4 Januari 1948, Myanmar mencapai kemerdekaan mutlah daripada penjajahan British. Ini merupakan satu proses perjuangan para nasionalis bersama dengan rakyat.
A. SEBELUM PENDUDUKAN JEPUN
            Young Men Buddhist Association (YMBA) memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme. Pada mulanya, matlamat pertubuhan ini lebih kepada mengekalkan tradisi agama Buddha, kebudayaan, dan pendidikan Myanmar tetapi tidak bertujuan politik.
            YMBA disokong oleh golongan pongyi dalam perjuangan mereka menentang dasar British. Golongan pongyi memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme dan idea pemerintahan sendiri dalam kalangan petani.
            Pengaruh golongan pongyi dalam masyarakat kaum tani amat kuat sehingga mereka dihasut supaya melancarkan kempen anticukai menentang kerajaan British. Perjuangan nasionalisme sudah berubah dari corak sederhana ke corak radikal dan agresif dengan kemunculan dua pemimpin pongyi, iaitu U Ottama dan U Wisara. U Ottama menuntut pemerintahan sendiri dan menyeru orang ramai menentang polis, mahkamah, dan pengutip cukai. Beliau menggunakan agama sebagai alat untuk menarik sokongan.



B. PAKATAN THAKIN-JEPUN SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
            Golongan Thakin yang dipimpin oleh Aung San telah bekerjasama dengan Jepun pada awal tahun 1930-an. Mereka menyokong Jepun dan meminta supaya Jepun memberikan kemerdekaan kepada Myanmar. Apabila Aung San melarikan diri ke Jepun, beliau telah menubuhkan pertubuhan tentera yang bernama Minami Kikan. Pada tahun 1941, Aung San menubuhkan cawangannya di Bangkok. Tentera Kemerdekaan Myanmar dibentuk pada bulan Disember 1941 dan ahlinya diseludupkan ke Myanmar untuk membantu tentera Jepun menawan Myanmar. Jepun telah memasuki Myanmar melalui Tenasserism dan pada bulan Mei 1942, angkatan perang Jepun berjaya menawan seluruh Myanmar.

C. PERJUANGAN KEMERDEKAAN MYANMAR PADA ZAMAN JEPUN
1. KEMERDEKAAN MYANMAR 1943
            Kejayaan Jepun menawan Myanmar telah menamatkan pemerintahan British. Golongan Thakin berusaha untuk mencapai kemerdekaan negara. Bagi membalas jasa Thakin, Jepun telah memberikan kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943. Jepun membentuk kerajaan boneka dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Myanmar telah diisytiharkan “merdeka” di bawah kerajaan boneka dan mempunyai kabinet sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada para nasionalis Thakin.

2. PENENTANGAN TERHADAP MYANMAR MELALUI LIGA PEMBEBASAN RAKYAT ANTI- FASIS
            Golongan Thakin sedar bahawa tujuan sebenar Jepun adalah untuk mengeksploitasi ekonomi Myanmar dan menjadi imperialis seperti kuasa Barat yang lain. Hal ini telah melahirkan semangat anti-Jepun. Nasionalis tempatan telah bersatu di bawah Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRSF) yang dipimpin oleh Aung San. LPRSF telah menjadi sebuah pertubuhan yang terpengaruh dalam menuntut kemerdekaan. LPRAF menentang Jepun melalui sabotaj serta gerakan bawah tanah dengan harapan dapat menubuhkan kerajaan negara Myanmar yang berdaulat. Bermula pada bulan Mac 1945, LPRAF memihak kepada British dengan penuh keazaman bahawa British akan mengisytiharkan kemerdekaan secepat mungkin selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.



D. PERJUANGAN KEMERDEKAAN MYANMAR SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
1. PEMBENTUKAN KERAJAAN BAHARU
            Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua menggambarkan senario baharu dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Myanmar. British kembali semula ke Myanmar. Gabenor British iaitu Sir Hubert Rance mengadakan rundingan dan mencadangkan agar LPRAF diberikan perwakilan minoriti dalam Dewan Eksekutif. Cadangan ini telah ditolak dan LPRAF mengadakan mogok kebangsaan. Oleh itu, LPRAF diberikan perwakilan yang lebih dalam Dewan Eksekutif, iaitu sebanyak 6 daripada 9 kerusi. Kerajaan baharu telah dibentuk dan Aung San dilantik sebagai Perdana Menteri.
2. PERJANJIAN ATLEE-AUNG SAN 1946
            Perdana Menteri British, Atlee telah mengemukakan dasar baharu bagi Myanmar di Dewan Rakyat (House of Commons) pada 20 Disember 1946. Satu delegasi Myanmar yang terdiri daripada Aung San, Thakin Mya, Tin Tu, U Saw, Ba Sein, dan Kyaw Nyein tlah pergi ke London pada Januari 1947. Antara perkara yang dipersetujui ialah penubuhan kerajaan peralihan, sbuah Dewan Perlembagaan akan dibentuk, pilihan raya bagi Dewan Perlembagaan dalam tempoh empat bulan, pinjaman dan bantuan akan diberikan kepada Myanmar, British akan menyokong penyertaan Myanmar dalam PBB, seorang Pesuruhjaya Tinggi ke Myanmar dalam PBB, serta negeri-negeri yang bersempadan dengan Myanmar bebas memilih sama ada ingin bergabung dengan Myanmar atau sebaliknya.
3. PEMBUNUHAN AUNG SAN
            Ketika kabinet sedang mengadakan mesyuarat, empat orang pemuda telah menyerang Dewan Majlis lalu melepaskan tembakan kepada semua ahli kabinet. Peristiwa ini telah menyebabkan beberapa orang pemimpin terkorban. Antaranya termasuk Aung San, Thakin Mya, Ba Win, Mahn Ba Khaing, Ba Choe, Sawbwa, dan A.Razak. Setelah siasatan, U Saw didapati merupakan orang yang merancang perisitiwa hitam tersebut. Oleh itu, beliau telah dibicarakan dan dihukum mati.        
4. PENCAPAIAN KEMERDEKAAN
            Perjuangan kemerdekaan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin LPRAF yang lain di bawah pemimpin U Nu. Pada 1 Ogos 1947, U Nu telah dilantik sebagai Perdana Menteri. Pada September 1947, Dewan Perhimpunan Perlembagaan memutuskan untuk menyokong kemerdekaan penuh bagi Myanmar. Pada Januari 1948, Myanmar mencapai kemerdekaan penuh. U Nu dilantik sebagai Perdana Menteri dan Sao Shwe dilantik sebagai Presiden. Myanmar telah berjaya mencapai kemerdekaan secara perlembagaan, tanpa pertumpahan darah ataupun revolusi.
Disediakan oleh : Tan Yen Thung    SMK Datok Lokman    Pra-U Sastera 2/2013
Guru Sejarah : Puan Haliza bte Hasan
           





2 comments:

  1. Setelah kekalahan Jepang dari sekutu pada PD II rakyat Birma menyiapkan perang kemerdekaan

    ReplyDelete