Pengenalan
Kuala
Lumpur merupakan ibu negara kepada negara Malaysia. Kuala Lumpur juga dikenali
sebagai bandar terbesar di Malaysia. Pada tahun 1974, Kuala Lumpur telah
dipisahkan daripada negeri Selangor dan menjadi Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Kawasan Wilayah Persekutuan yang meliputi tanah seluas 244 kilometer
persegi. Kuala
Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi
sebahagian besar negeri Selangor iaitu
Lembah Klang sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang, dan juga
bandar metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan
penduduk dan ekonomi.
Sejarah Kuala Lumpur
bermula pada tahun 1875. Pada masa itu, ketua Melayu Klang Raja Abdullah telah
membuka lombong timah kepada buruh
daripada negara China. Perkara ini turut menarik ramai orang buruh Cina
membanjiri Kuala Lumpur untuk mengusahakan kawasan perlombongan itu. Sungai
Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini
ialah “Pengkalan Lumpur. Lama-kelamaan, tempat ini telah diberi nama Kuala
Lumpur. (Toeh Chee Keong, The Disappearing Kuala Lumpur, Selangor, Mentor
Publishing Sdn Bhd, 2012, m/s 22 )
Jalan Petaling
merupakan Chinatown kepada masyarakat kaum Cina yang sudah lama menduduki Kuala
Lumpur. Dalam bahasa Cina Jalan Petaling dibaca sebagai ‘Cíchǎng Jiē’ Jalan
Petaling mendapat nama sebagai ‘Cíchǎng Jiē’ kerana terdapat satu cerita di
sebaliknya. Pada tahun 1880, Yap Ah loy telah membuka sebuah kilang memproses
ubi kayu menjadi serbuk untuk dieksport ke luar negara. Justeru, Jalan Petaling
mendapat nama sebagai ‘Cíchǎng Jiē’ dan perkataan ‘Cíchǎng’ juga bermaksud ubi
kayu. Kilang tersebut telah ditutup pada tahun 1881 kerana perniagaan telah
bertemu dengan kegagalan. Namun demikian, kilang tersebut memang pernah wujud
di kawasan Chinatown. ( Teoh Chee Keong, The Disapperaing Kuala Lumpur,
Selangor, Mentor Publishing Sdn Bhd, 2012, m/s 18 ) Oleh itu, ‘Cíchǎng
Jiē’ atau Jalan Petaling masih digunakan oleh masyarakat Cina sehingga hari
ini. Manakala untuk nama Jalan Petaling terdapat dua penjelasan yang berlainan iaitu yang pertama
sekali, terdapat sebuah gunung di sebelah Chan Clansmen Study
Hall juga dikenali sebagai Chan She Shu Yuen Temple dalam bahasa Cina iaitu Petaling Hill. Pada masa itu, Petaling
hill merupakan sebuah tempat perkuburan. Yang kedua pula ialah petaling
merupakan nama sebuah buku. Sehingga masa ini, asal usul nama Jalan Petaling
masih tidak dapat dikenal pasti. (Teoh Chee Keong, Asal usul Nama Jalan
Petaling, Perenggan 2, 26 Mac 2009, http://petalingstreetstory.blogspot.com)
Pada
masa dulu, kawasan China Town hanya mempunyai dua jalan yang penting iaitu
Jalan Petaling dan juga High Street. Pada masa ini, kawasan China Town telah
bertambah kepada banyak jalan dan telah menjadi salah satu jalan yang mesti
dilalui oleh kereta jika ingin pergi ke bandaraya. Jalan-jalan yang terdapat di
kawasan China Town termasuk Jalan Sultan, Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Cheng Lock,
Jalan Hang Lekir, Jalan Hang Kasturi, Jalan Panggung dan Jalan Balai Polis.
Aktiviti/Kegiatan/
Perniagaan Tradisional
Kebanyakan
orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu adalah untuk mencari rezeki kerana masalah
kebuluran yang semakin serius di negara asal mereka. Kegiatan ekonomi yang
dijalankan oleh masyarakat Cina di Tanah Melayu boleh dibahagi kepada dua
kategori iaitu dalam sektor perlombongan, perindustrian, dan pertanian serta
kegiatan aktiviti yang dijalankan oleh rakyat biasa yang kelasnya sederhana dan
rendah setakat untuk menyara kehidupan. Oleh itu, masyarakat Cina boleh
dikatakan telah membantu memacu ekonomi Tanah Melayu. Kegiatan ekonomi
masyarakat Cina pada masa itu telah tertumpu di Chinatown terutamanya di Jalan
Petaling dan Jalan Sultan yang merupakan pusat perniagaan utama.
Bagi
kegiatan ekonomi yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan, aktiviti ini
biasanya didominan oleh kaum lelaki manakala kaum wanita pada masa itu hanya
menjadi suri rumah ataupun menjahit baju untuk dijual bagi menyara hidup. Kegiatan
ekonomi ini adalah seperti menggunting rambut, membaiki kasut, menganyam bakul
rotan, membuat tanglung dan juga menilik nasib. Selain daripada itu, kuli yang
berhijrah ke Tanah Melayu adalah mereka yang buta huruf. Oleh itu, terdapat
juga penulis surat di Chinatown yang profesional untuk membantu kuli-kuli ini
menulis surat untuk dikirim balik kepada ahli keluarga di China. ( Ser Wue
Hiong, Teoh Chee Keong, dan Teoh Chee Keong, Centre for Malaysian Chinese
Studies ,Moving Mountains: A Pictorial of the Chinese in Selangor and Kuala
Lumpur Volume 1, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 2012 m/s 118)
Manakala bagi mereka yang mempunyai modal, mereka akan membuka kedai-kedai runcit
yang menjual pelbagai jenis barang kehidupan harian.
Selain
daripada itu, terdapat juga kegiatan ekonomi yang lain seperti menjual
sayur-sayuran dan buah-buahan, berniaga menjual makanan laut dan sebagainya.
Manakala kuli-kuli akan menyumbangkan tenaga mereka dengan menjadi penarik
beca, mengangkat barangan yang berat dari satu tempat ke satu tempat.
Perubahan
Chinatown semasa zaman penjajahan British
Pada
zaman dahulu semasa Yap Ah Loy memerintah Kuala Lumpur, beliau telah
membangunakan Kuala Lumpur dengan sistem pentadbiran yang konservatif. Beliau
membangunakan Kuala Lumpur dengan mengaplikasikan sistem pentadbiran persatuan-persatuan
Cina dalam membangunkan Kuala Lumpur. Cara pentadbiran ini telah menyebabkan banyak
masalah telah timbul di Kuala Lumpur seperti perancangan yang tidak teratur dan
juga masalah dari segi kebersihan bandar.
Kebanyakan bangunan dan kawasan perumahan telah dibina tanpa mendapat
kebenaran dan perancangan daripada pihak berkuasa.( Teoh Chee Keong, Kuala
Lumpur Under British Rule, Selangor, Mentor Publishing Sdn Bhd, 2007, m/s 103)
Situasi ini telah menyebabkan masalah kebakaran dan penyakit berjangkit sering
berlaku. Pada 4 Januari 1881, pernah berlakunya kemalangan kebakaran yang
sangat serius sehingga menyebabkan 500 keluarga kehilangan rumah dan tiga orang
meninggal dunia. ( Teoh Chee Keong, The Disappearing Kuala Lumpur ,
Selangor, Mentor Publishing Sdn Bhd, 2012, m/s 41 ) Pada bulan Disember
tahun yang sama, berlakunya banjir kilat yang telah memusnahkan kebanyakan
bangunan dan pada masa yang sama, Yap Ah Loy telah kehilangan hampir semua
harta bendanya. Masalah ini berlarutan sehinggan pada tahun 1882 Frank A
Swettenham dilantik sebagai Residen Selangor. Beliau telah mengambil keputusan
untuk membina semula bangunan-bangunan di bandar Kuala Lumpur secara
keseluruhan. Beliau juga berpendapat bahawa bangunan yang bakal dibina semula
mesti berfungsi sebagai penghalang banjir dan kebakaran. Projek ini telah
dimulakan pada bulan September tahun 1884.
Chinatown
juga salah satu kawasan yang terlibat dalam projek begitu besar ini, antara
jalan yang terlibat ialah High Street. ( Teoh Chee Keong, Kuala Lumpur
Under British Rule, Selangor, Mentor Publishing Sdn Bhd 2007, m/s 108)
Rancangan
pembinaan semula bangunan ini telah berlangsung sehingga tahun 1887 dan pada
masa itu bandar Kuala Lumpur termasuk Chinatown mempunyai 581 bangunan
berkonkrit. Semasa zaman penjajahan British pada tahun 1884, Frank Swettenham
telah menggerakkan pembangunan semula bandar untuk menangani masalah yang wujud
semasa pentadbiran Yap Ah Loy. Tidak dapat dinafikan bahawa isu kebersihan
bandar merupakan isu yang paling dititik berat oleh pihak British pada masa
itu. Oleh itu, Frank Swettenham telah memperuntukkan sejumlah wang dalam
penyata kewangan 1883 untuk membantu mengatasi masalah ini.
Pada
tahun 1884 hingga 1890, sampah-sarap yang telah dikutip akan dihantar ke
kawasan yang berdekatan dengan Jalan Pudu untuk ditanam. Kerja-kerja pembersihan
dilakukan oleh pekerja-pekerja yang diupah daripada Sri Lanka, dan banduan
penjara. Selain itu, pasukan polis yang dikendali oleh Kaptain Syed juga
bertanggungjawab meronda di bandar Kuala Lumpur untuk mengekalkan kebersihan
dan kecantikan yang agar penduduk-penduduk tidak mengulangi sikap buruk mereka
yang tidak mementingkan kebersihan.
Pada
Mei 1890, satu rang undang-undang iaitu A Regulation-No. VII of 1890 telah
dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat Selangor. Pihak Selangor telah
menubuhkan jawatankuasa yang dikenali sebagai Sanitory Board di kawasan Kuala
Lumpur, Kuala Kubu dan Klang. Oleh itu, Kuala Lumpur Sanitory Board telah
ditubuhkan dan beberapa orang telah dilantik untuk mengetuai jawatankuasa ini
bagi sesi 1890/1891. Seorang akauntan bagi negeri Selagor iaitu Alfred Reid
Venning telah dilantik menjadi pengerusi.Ahli-ahlinya terdiri daripada
kakitangan awam iaitu H.F Bellam dan A.W Sinclair ,peniaga British iaitu
G.Murray Campbell dan F.G West, Raja-raja Melayu iaitu Raja Laut dan Raja Bot dan
juga pemimpin-pemimpin Cina iaitu Kaptain Yeap Kwan Sin dan Chow Ah Yeok.
Setelah
jawatankuasa ini telah ditubuhkan, mereka mendapati bahawa keadaan kebersihan
dan masalah yang dihadapi sebelum ini sudah dapat diatasi dan ditangani dengan
baik. W.E Maxwell dalam laporan tahunan Selangor pada tahun 1890 mengatakan bahawa,
“ Dalam jawatankuasa ini, orang Cina dan
Mohamedans dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan orang Eropah. Usaha
dan kerjasama yang diberi oleh ahli-ahli daripada badan kerajaan ataupun badan bukan
kerajaan amat memuaskan. Dengan ini, pemandangan dan jalan-jalan bandar telah
menunjukkan perubahan yang besar.” ( Selangor Annual Report 1890, para.
61)
Jawatankuasa
ini juga bertanggungjawab kerja-kerja pengurusan yang lain seperti mengutip sampah-sarap,
meyenggara tiang-tiang lampu, membaiki jalan,mengeluarkan saman kepada
penduduk-penduduk yang tidak menjaga kebersihan, meneroka kawasan perhutanan,
memperluas jalan raya, membina longkang bersimen, membina pasar-pasar baru, menempatkan
tanda jalan dan sebagainya.
Pada
Januari 1891, Alfred Reid Venning telah menghantar laporan mengenai keadaan
pengurusan di bandar Kuala Lumpur selepas enam bulan jawatankuasa ini
ditubuhkan. Demi menambahbaikkan kebersihan alam sekitar, Sanitary Board Kuala
Lumpur telah mengambil keputusan untuk membina longkang konkrit yang berukuran
3 meter untuk mengalirkan air di Jalan Sultan, Jalan Cecil,Jalan Rodger, Jalan
Wayang, dan Jalan Petaling. Projek ini telah menggunakan kos sebanyak 14,081.27
dolar. ( Selangor Government Gazette, 23 January 1891, no 46, para. 15 .
Open brick drains. )
Tokoh-tokoh
yang berjasa
Segala
urusan pentadbiran adalah di bawah pemimpin-peminpin pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina dan India sebelum penjajahan British. Pada masa itu, Kapitan Cina
merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran di
bandar-bandar yang terdapat banyak penduduk berbangsa Cina. Kapitan Cina
merupakan seorang individu yang menjalankan tugasnya atas kuasa daripada
pemerintah dan disokong sebulat suara oleh masyarakat Cina. Kapitan Cina telah
memainkan peranan yang penting dalam membangunkan Chinatown. Mereka bukan
sahaja menubuhkan persatuan-persatuan di kawasan tersebut malah mempunyai
pengaruh yang besar terhadap masyarakat Cina pada masa itu. Kuala Lumpur
mempunyai lima orang Kapitan Cina pada tahun 1861 sehingga 1901. Kelima-lima
orang Kapitan Cina ini telah memberi sumbangan yang besar dalam memajukan
Chinatown. Mereka ialah Kapitan Hiu Siew ( 1861-1863), Kapitan Liu Ngim Kong (
1863-1868), Kapitan Yap Ah Loy ( 1868-1885), Kapitan Yap Ah Shak ( 1885-1889)
dan akhir sekali Kapitan Yap Kwan Seng ( 1889-1901). Daripada 5 orang Kapitan ini, Kapitan yang
banyak menyumbangkan tenaga dalam kemajuan Chinatown ialah Kapitan Yap Ah Loy.
Kapitan
Yap Ah Loy telah dilantik menjadi Kapitan Cina setelah mendapat pengiktirafan
daripada Sultan Mahmud Shah. Pada tahun 1868 Kapitan Yap Ah Loy dilantik
menjadi Kapitan, bermulanya Perang Saudara Selangor sehingga tahun 1873.
Selepas Perang Saudara ditamatkan, Kuala Lumpur berada dalam keadaan yanh
huru-hara terutamanya tempat perlombongan. Oleh itu, Kapitan Yap Ah Loy telah
memikul tanggungjawab yang besar dalam membangunankan semula bandar Kuala
Lumpur, menarik minat pelabur-pelabur datang ke Kuala Lumpur serta mengekalkan
keamanan bandar Kuala Lumpur.
Beliau
juga memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan dan kemajuan di Chinatown.
Sebelum berlakunya Perang Saudara Selangor pada tahun 1868, beliau telah
memperuntukkan sejumlah duit yang besar dalam pembinaan jalan raya. Antara
jalan yang berada di Chinatown yang dibina oleh Yap Ah Loy ialah High Street.
Manakala jalan yang dibina selepas peperangan terdapat Jalan Sultan dan Jalan
Petaling. ( Yap Koon See,The Profiles of Malaysian Chinese Leaders
(1409-2010) , Selangor, Manland Publishing 2010, m/s 8 )
Pada
tahun 1880-an, beliau telah memiliki sebanyak 116 buah kedai di kawasan Kuala
Lumpur. Beliau juga memiliki banyak kedai di kawasan Chinatown iaitu 25 buah
kedai di High Street, 11 buah kedai di Jalan Petaling, dan 11 buah kedai di
Jalan Hang Kasturi. ( Tang Ah Chai, Yap Ah Loy Bertemu dengan Kuala
Lumpur, The Association of Kwong Tong Cemetery Management Kuala Lumpur, 2006,
m/s 91). Pada 15 April 1885, Yap Ah Loy telah meninggal dunia, umurnya
hanya 48 tahun.
Selain
daripada lima orang Kapitan Cina yang banyak memberikan sumbangan dalam
pembangunan Chinatown, terdapat juga beberapa orang tokoh Cina yang
memyumbangkan tenaga mereka dalam kemajuan Chinatown hari ini. Mereka merupakan
Chan Sow Lin, Loke Yew dan Chan Chin Mooi.
Chan
Sow Lin yang dilahirkan pada tahun 1845 telah datang ke Tanah Melayu semasa
umurnya 16 tahun. Beliau pernah menjadi pelombong bijih timah di negeri perak.
Selepas berkenalan dengan Loke Yew, beliau telah mengikuti Loke Yew untuk
datang ke Kuala Lumpur. Dengan bantuan daripada Loke Yew, beliau telah banyak
membantu memacukan ekonomi dengan mendirikan kilang, syarikat serta membawa
buruh-buruh daripada negera China. Pada tahun 1897, beliau telah mengasaskan
Chan Clansmen Study Hall juga dikenali sebagai Chan She Shu Yuen Temple dalam
bahasa Cina bersama dengan dua tokoh
yang lain iaitu Chen Chun dan Chen Xin Xi. Beliau telah menajakan tujuh kedai
yang terdapat di Jalan Petaling untuk dijadikan sebagai tempat pembinaan Chan
She Shu Yuen. Selain itu, beliau juga merupakan salah satu pengasas penting
dalam penubuhan Hospital Tung Shin, Victoria Institution dan Confusion Private
School. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1927.
Loke
Yew dilahirkan pada tahun 1846 juga merupakan salah satu tokoh yang banyak
berjasa kepada masyarakat Cina serta dalam membangunankan Chinatown. Pada tahun
1891 semasa Hospital Tung Shin ditubuhkan, beliau merupakan salah satu pengasas
serta penaja yag memainkan peranan yang penting. Di samping itu, beliau
merupakan penderma terbesar dalam penubuhan Confusion Private School dan Kuen
Cheng Girl school. Beliau telah meninggal dunia pada umur 71 iaitu tahun 1917.
Chan
Chin Mooi yang dilahirkan pada tahun 1875 telah datang ke Banting pada 17 tahun
untuk mewarisi lombong bijih timah yang diwariskan oleh bapanya. Beliau
merupakan seorang yang aktif dalam menyumbangkan tenaga kepada
persatuan-persatuan tempatan. Beliau pernah dilantik menjadi bendahari kepada
Confusion Private School, Pengurus kepada Kuen Cheng Girl School dan pengarah
kepada Yan Keng Benevolent Assiociation. Tokoh yang berjasa ini telah meninggal
dunia pada tahun 1944.
Tempat-tempat
bersejarah di Chinatown
Chinatown
yang telah lama wujud di bandar Kuala Lumpur juga mempunyai beberapa tempat
bersejarah yang memainkan peranan dalam masyarakat pada masa itu. Antara salah
satu tempat ialah Yan Keng Benevolent Dramatic Association.
Yan Keng Benevolent Dramatic Association yang terletak
di persimpangan Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat telah ditubuhkan pada tahun
1920 bulan Jun. Perkataan ‘Yan Keng’ bermaksud menjadikan masyarakat sebagai
cermin yang mengharapkan anggota masyarakat dapat berkhidmat untuk orang dan
masyarakat, berkhidmat untuk kebajikan semua.
. (Ser Wue Hiong, Teoh Chee Keong dan Tang Ah Chai, Centre for Malaysian
Chinese Studies Moving Mountains: A Pictorial of the Chinese in Selangor and
Kuala Lumpur Volume 1 m/s 222)
Objektif
utama Yan Keng Benevolent Dramatic Association ialah mengkaji drama, muzik,
koir, seni dan akhir sekali mengutamakan kebajikan masyarakat. Yan Keng
Benevolent Dramatic Association ditubuhkan oleh sekumpulan orang yang mempunyai
minat yang dalam terhadap seni persembahan iaitu You Shan Quan, Kwok Yun Quan,
Su Ping Shen, Ren Wee Miao, Shen Hui dan Liang Ren Fu. Dengan itu, Yan Keng
Benevolent Dramatic Association diharapkan dapat mengumpulkan semua anggota
masyarakat daripada pelbagai susun lapis yang dapat menyumbangkan idea dan
mengeluarkan pandangan mereka.
Duit
yang dikumpul akan diderma ke rumah orang tua, hospital dan juga sekolah.
Semangat ini harus dicontohi oleh semua orang kerana Yan Keng Benevolent
Dramatic Association buan sahaja menyumbangkan tenaga dan usaha mereka dalam
aktiviti kesenian seperti koir, drama pentas, dan muzik, malah mereka juga
mendermakan duit yang mereka dapat kumpul demi kebajikan masyarakat.
Penutup
Kesimpulannya,
China Town, Jalan Petaling merupakan sebuah tempat yang masih ada nilai dan
kepentingan sejarahnya sama ada ke masyarakat Cina ataupun negara. Tempat yang
bersejarah masih perlu dikaji dari masa ke masa untuk mengetahui sejarah dan
cerita di sebaliknya. Mengikut perspektif dan pandangan lain, China Town
merupakan tempat bersejarah yang tidak ternilai dan harus dipelihara dari
semasa ke semasa.
Generasi muda
pada zaman ini sangat bertuah kerana Kuala Lumpur merupakan bandar metropolitan
tetapi masih ada tempat yang begitu bersejarah kepada masyarakat Cina. Namun
demikian, kebanyakan orang muda pada masa ini hanya menganggap China Town
sebagai tempat membeli-belah dan tidak mengetahui sejarah di sebaliknya.
Projek MRT
merupakan isu hangat dan menjadi salah satu sebab saya memberi perhatian kepada
tempat yang begitu bersejarah ini. Sejak tahun lepas, projek MRT yang
dilaksanakan untuk pembangunan bandar dan menyebabkan banyak kawasan
terjejas.Projek MRT ini sepanjang 51km dan 31 stesen akan dibina. Salah satu
kawasan yang terlibat dalam pembinaan stesen MRT merupakan China Town. Jalan
Sultan merupakan jalan yang akan terjejas dan dipengaruhi jika projek MRT dilaksanakan.
Terdapat 31 bidang tanah dan kedai akan dibeli oleh pihak pembangunan untuk
projek ini.
Walaupun
projek MRT masih belum dilaksanakan, namun isu ini telah menjadi salah satu isu
hangat pada masa ini dan banyak dibincangkan sama ada di media massa ataupun
kalangan rakyat jelata. Ramai orang terutamanya masyarakat Cina telah membantah
projek ini dan pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh sekumpulan sukarelawan
untuk menyedarkan orang ramai bahawa tempat yang bersejarah ini harus
dipelihara dan diberi perlindungan daripada pembangunan.
Sebagai
seorang pelajar, saya menyedari bahawa setiap rakyat mempunyai tanggungjawab
untuk memelihara tempat-tempat yang bersejarah ini agar generasi yang akan
datang masih mendapat peluang untuk menghayati sejarah-sejarah yang terdapat di
tempat ini dan cerita di sebaliknya.
Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk membuat
kajian mengenai tempat yang bersejarah ini iaitu China Town kerana saya sebagai
seorang pelajar yang prihatin terhadap isu-isu dan perkembangan negara saya
ingin mengetahui lebih banyak cerita yang terdapat di tempat ini.
Nota akhir
1. Teoh Chee Keong, The Disappearing Kuala Lumpur,
Selangor, Mentor Publishing Sdn Bhd, 2012.
2. Ser Wue Hiong, Teoh Chee Keong dan Tang Ah Chai,
Centre for Malaysian Chinese Studies, Moving Mountains: A Pictorial History of
the Chinese in Selangor and Kuala Lumpur. Volume 1, Kuala Lumpur, Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd, 2012.
3. Teoh Chee Keong, Kuala Lumpur Under British Rule, Selangor,
, Mentor Publishing Sdn Bhd, 2007
4. Yap Koon See, The Profiles of Malaysian Chinese
Leaders ( 1409-2010 ) , Selangor, Manland Publishing, 2010
5. Tang Ah Chai, Yap Ah Loy Bertemu dengan Kuala Lumpur, Kuala
Lumpur, The Association of Kwong Tong Cemetery Management Kuala Lumpur, 2006.
Hard Rock Hotel & Casino, Tampa | Dr.MCD
ReplyDelete› hard-rock 강릉 출장안마 › 동두천 출장안마 hard-rock Hard Rock Hotel & Casino, Tampa 제주 출장샵 Hard Rock Hotel & Casino offers 오산 출장안마 the best in gaming and entertainment, plus weekend 아산 출장마사지 getaways.